Date of Award
1-1-2011
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
5
Department
Dept of Fiqh & Usul
Institution
University of Malaya
Abstract
Tujuan kajian ini dihasilkan adalah untuk mengetahui perkara-perkara berikut, iaitu: (i) latar belakang pendidikan Wael Bahjat Hallaq, (ii) mengenalpasti sumbangan utama beliau dalam pengkajian uÎËl al-fiqh, (iii) menganalisis kandungan utama artikel Was The Gate of IjtihÉd Closed, On The Origins of The Controversy About The Existence of Mujtahid and The Gate of IjtihÉd dan Early IjtihÉd and The Later Construction of Authority, (iv) menganalisis bentuk pemikiran Wael Bahjat Hallaq berdasarkan artikel tentang ijtihÉd. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan bagi mengumpul karya Wael Bahjat Hallaq. Metod Induktif dan deduktif telah digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati penulisan Wael Bahjat Hallaq tentang ijtihÉd adalah lebih bergantung kepada karya-karya ulama uÎËl terdahulu. Fakta-fakta yang dikemukakan untuk menolak dakwaan Joseph Schacht tentang isu pintu ijtihÉd ditutup adalah tepat dan relevan. Kajian ini juga menunjukkan terdapat kekeliruan fakta khususnya tentang perkembangan ijtihÉd sekitar kurun ke-3 sehingga kurun ke-5 hijrah. Wael Bahjat Hallaq menyatakan bahawa tempoh tersebut merupakan zaman keemasan bagi perkembangan ijtihÉd, sedangkan dalam artikel beliau bertajuk Early IjtihÉd and The Later Construction of Authority menunjukkan bahawa pada tempoh tersebut perpecahan pendapat dalam kalangan umat Islam telah berlaku. Kajian ini juga mendapati kenyataan Wael Bahjat Hallaq tentang imam Ibn ×anbal yang tidak terlibat langsung dalam bidang uÎËl al-fiqh adalah tidak tepat kerana imam Ibn ×anbal telah mempelajari ilmu uÎËl al-fiqh daripada imam al-Shafi’i dan ajaran beliau tentang uÎËl alfiqh telah dibukukan oleh pengikut ajarannya.
Note
Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
Recommended Citation
Mustapha, Ariyanti, "Kajian pemikiran Wael Bahjat Hallaq terhadap pengkajian ilmu usul al-fiqh / Ariyanti binti Mustapha" (2011). Student Works (2010-2019). 703.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/703
5110-BAB_2-Biografi_Wael_Bahdjat_Hallaq.pdf (318 kB)
5110-BAB_3.pdf (520 kB)
5110-BAB_4-kesimpulan_06012011.pdf (334 kB)
5110-KAJIAN_PEMIKIRAN_WAEL_HALLAQ_TERHADAP_PENGKAJIAN_ILMU_USUL_AL.pdf (63 kB)
5110-pembahagian_bab_05012011.pdf (139 kB)
5110-thesis_Bibliografi_06012011.pdf (186 kB)