Date of Award

1-1-2010

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

10

Department

Dept of Syariah & Law

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini mengupas pendekatan perundangan Islam dalam mengawal kualiti dan menyekat pencemaran air. Di Malaysia, isu-isu pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air bukanlah terletak di bawah bidangkuasa undang-undang Islam tetapi undang-undang Sivil. Justeru, kajian ini meneliti peranan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JASNS) dalam mengawal kualiti dan menyekat pencemaran air. Data-data dikumpul melalui metode kepustakaan, dokumentasi institusi dan temubual. Untuk mencapai objektif kajian ini, analisis komparatif diutamakan untuk mengetahui persamaan, perbezaan dan keselarasan pendekatan pengawalan pencemaran air di Malaysia dengan pendekatan undang-undang Islam. Hasil kajian ini mendapati wujud keselarasan antara kedua-duanya. Prinsip dan nilai yang diterapkan dalam perundangan Islam masih digunapakai dan relevan dengan pendekatan kontemporari. Persamaan wujud di antara standard dalam Indeks Kualiti Air (IKA) dengan standard taharah dan najasah. Kes-kes pencemaran air daratan (inland water) di Selangor dianalisis dari aspek kawalan kualiti, penguatkuasan dan pendakwaan, alasan penghakiman serta keputusan kes menurut dimensi perundangan Islam. Namun, kawalan pencemaran air yang dikuatkuasakan oleh JASNS hanya mengawal pencemaran dari punca tetap (point-sources) sahaja dan menyebabkan pencemaran terus berlaku dari punca tidak tetap(non-point sources) yang dilakukan oleh masyarakat yang tidak beretika dan tidak peka terhadap keseimbangan ekologi dan kelestarian alam sekitar serta kesihatan awam. Justeru, undang-undang Islam yang universal dan komprehensif dilihat berpotensi untuk menjadi undang-undang alternatif dalam permasalahan ini sekaligus membentuk etika alam sekitar yang berprinsipkan Hablu min Allah wa Habl min Al-Nas.

Note

Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010

Share

COinS