Date of Award

1-1-2010

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

10

Department

Dept of Syariah & Law

Institution

University of Malaya

Abstract

Dokumen adalah sumber keterangan yang dominan dan berautoriti untuk menjelaskan sesuatu fakta. Oleh itu mendokumenkan sesuatu wasiat dilihat lebih efektif kerana ia mampu merekod maklumat dalam jangka masa panjang memandangkan kematian seseorang tidak dapat dijangkakan. Justeru fokus disertasi ini akan ditumpukan kepada pendrafan dokumen wasiat Islam yang dijalankan oleh sebuah badan amanah iaitu Amanah Raya Berhad. Ini kerana objektif utama penyelidikan ini adalah untuk menganalisis keselarasan pendrafan dokumen wasiat Islam dengan Undang-undang Islam yang dilaksanakan di perbadanan tersebut. Metode analisis kandungan telah diaplikasikan bagi mencapai objektif yang digariskan. Dapat dirumuskan melalui hasil kajian bahawa DDWA yang diguna pakai oleh ARB merupakan satu dokumen wisayah menurut perspektif Undang-undang Islam disebabkan kandungannya telah sempurna dengan rukun-rukunnya mengikut pandangan Imam Syafi’iy. Manakala DDWK pula telah mempunyai ciri-ciri dokumen wasiat menurut perspektif Islam. Namun pengkaji berpendapat terdapat klausa-klausa tertentu di dalam kedua-dua draf berkenaan yang perlu diperhalusi supaya pendrafannya lebih objektif dan tidak menimbulkan kekeliruan.

Note

Dissertation (M.Syariah)--Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010

Share

COinS