Date of Award
1-1-2010
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
9
Department
Dept of Syariah & Economics
Institution
University of Malaya
Abstract
Majlis Penasihat Syariah (MPS) adalah badan penasihat kepada sesebuah bank Islam mengenai hukum sesuatu produk yang ingin ditawarkan. Ia mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang berkait rapat dengan hukum-hakam mucamalat dalam Islam. Fungsi ini merangkumi dua aspek, iaitu aspek penetapan hukum atau fatwa, dan aspek pemantauan lapangan terhadap pelaksanaan hukum yang telah ditetapkan. Kedua-dua aspek berkenaan diletakkan di bawah jawatankuasa khas, iaitu Jawatankuasa Kajian dan Fatwa dan Jawatankuasa Pemantauan dan Pelaksana. Isu utama yang menjadi tumpuan kajian ini adalah fungsi-fungsi bagi setiap jawatankuasa tersebut, terutamanya, instrumen yang mendasari ijtihad MPS. Sejauh mana aplikasi teori yang diamalkan di Malaysia juga dibincangkan. Subjek kajian ini ialah dua buah bank yang menawarkan produk perbankan Islam iaitu Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dan RHB Islamic Bank (RHBIB).Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan data dikumpulkan melalui teknik temu bual dan kajian dokumen, khususnya dalam mendapatkan data berkaitan perbincangan teori MPS. Data dianalisis dengan olahan secara diskriptif. Kesimpulannya, aplikasi MPS di Malaysia secara asasnya adalah sama dengan teori yang digagaskan oleh kebanyakan pakar dalam bidang ini. Walaubagaimanapun, wujud sedikit perbezaan pada struktur organisasinya.
Note
Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
Recommended Citation
Ismail, Ahmad Faizol, "Fungsi Majlis Penasihat Syariah dalam amalan perbankan Islam di Malaysia : kajian terhadap Bank Muamalat Malaysia Berhad dan RHB Islamic Bank Berhad / Ahmad Faizol Ismail" (2010). Student Works (2010-2019). 306.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/306