Date of Award
1-1-2010
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
1
Department
Dept of Al-Quran & Al-Hadith
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian mengenai Hafazan al-Quran dan Hubungannya dengan Kecemerlangan Pelajar: Kajian di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Kelantan dari tahun 1997 hingga 2007 bertujuan untuk mengetahui metode pengajian di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Kelantan (MTAQPC), ciri-ciri kecemerlangan yang dimiliki pelajar MTAQPC dan hubungkait antara hafazan al-Quran dengan kecemerlangan pelajar. Kecemerlangan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah. Kajian ini dijalankan dalam bentuk deskriptif kualitatif (manhaj dirasah wasfiyyah). Metode kajian ini merangkumi kajian kepustakaan, penyelidikan IT (teknologi maklumat) dan kajian lapangan yang melibatkan pengumpulan data menggunakan temubual dan observasi. Kajian mendapati terdapat hubungkait antara hafazan al-Quran dengan kecemerlangan pelajar dalam akademik dan sahsiah di MTAQPC. Dapatan ini dibuktikan berdasarkan peningkatan keputusan akademik pelajar daripada tahun 1997 hingga tahun 2007 terutamanya keputusan pada tahun 2003. Dapatan daripada temubual dengan guru-guru, bekas guru, pelajar dan bekas pelajar menunjukkan kecemerlangan sahsiah pelajar juga seiring dengan kecemerlangan dalam akademik berdasarkan tiadanya laporan bertulis menunjukkan berlakunya masalah disiplin yang berat dalam kalangan pelajar MTAQPC. Kajian juga mendapati kecemerlangan pelajar dalam akademik dan sahsiah ada hubungkait dengan metode pengajian yang dijalankan di MTAQPC dan ciri-ciri yang dimiliki oleh para pelajar MTAQPC sendiri. Hasil kajian menunjukkan program hafazan di MTAQPC telah berjaya melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga sahsiah.
Note
Disertasi (M.Usuluddin) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
Recommended Citation
Hj. Mustaffa, Muhaidi, "Hafazan al-Quran dan hubungannya dengan kecemerlangan pelajar : kajian di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, Kelantan dari tahun 1997 hingga 2007 / Muhaidi Hj. Mustaffa" (2010). Student Works (2010-2019). 300.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/300
5216-BAB_2-HAFAZAN_AL-QURAN-28_April_2010-SubmiteD.pdf (847 kB)
5216-BAB_3-SEJARAH_PENUBUHAN_MTAQ_PC-28_April_2010-SubmiteD.pdf (412 kB)
5216-BAB_4-ANALISIS-28_April_2010-SubmiteD.pdf (1041 kB)
5216-BAB_5-PENUTUP-28_April_2010-SubmiteD.pdf (101 kB)
5216-BIBLIOGRAFI-28_April_2010-SubmiteD.pdf (123 kB)
5216-COVER_BAB-28_April_2010-SubmiteD.pdf (26 kB)
5216-ISI_KANDUNGAN-28_April_2010-SubmiteD.pdf (44 kB)
5216-LAMPIRAN-28_April_2010-SubmiteD.pdf (326 kB)
5216-Penghargaan-28_April_2010-SubmiteD.pdf (164 kB)
5216-Transliterasi-28_April_2010-SubmiteD.pdf (115 kB)