Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
other
Document Type
Thesis
Divisions
123
Department
University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
Institution
University of Malaya
Abstract
Pemilihan tajuk berkaitan dengan isu pengurusan dokumen bil di Jabatan SAMO, Airod Sd. Bhd adalah untuk mengenalpasti tentang sejauh mana permasalahan tersebut member kesan kepada prestasi Jabatan SAMO, Airod Sdn.Bhd. Kajian pengurusan bil di Jabatan SAMO, Airod Sdn. Bhd, Subang ini dijalankan untuk mencari satu cara penyelesaian permasalahaan dan juga menyingkap jika terdapatnya kelemahan kepada masalah yang sedia ada. Kajian difokuskan kepada kakitangan Jabatan 640, bahagian Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di dalam Jabatan SAMO, Airod Sdn. Bhd. Seramai 30 orang pekerja dibahagian operasi, dua orang pengurus bahagian bil, seorang eksekutif bahagian bil dan dua orang pekerja bahagian sokongan.Fakta dan data dianalisis melalui penterjemahan secara jadual, rajah dan carta pai. Kajian melibatkan analisa dengan menggunakan data sekunder dan data primer. Kedua-dua data ini digunakan sebagai data analisa yang akan digunapakai sebagai bukti bahawa wujudnya masalah pengurusan dokumen bil di Jabatan SAMO. Kajian ini juga akan mencari dan menentukan apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada kelewatan pengurusan dokumen bil di Jabatan SAMO. Kajian juga melibatkan penelitian terhadap kesan dari kelewatan pengurusan dokumen bil di Jabatan SAMO dan meneliti serta mencadangkan langkah-langkah penyelesaian kepada pihak pengurusan syarikat. Dengan adanya kajian ini, dapatlah penyelidik mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan masalah pengurusan dokumen bil ini. Penyelidik juga dapat memberikan cadangan dan pandangan bagaimana untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh Jabatan SAMO. Selain dari itu kajian ini juga membuka peluang kepada pihak pekerja untuk meluahkan pandangan dan pendapat mereka kepada pihak pengurusan. Dengan harapan ia akan dapat membantu memperbaiki dan menyelesaikan masalah yang ada.
Note
Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi), Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, 2015
Recommended Citation
Mohd Yusof, Zulkifli, "Pengurusan dokumen bil di Jabatan SAMO, Airod Sdn. Bhd. Subang / Zulkifli bin Mohd Yusof" (2015). Student Works (2010-2019). 2979.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2979