Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Pengajian Islam
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Prosedur perkahwinan tidak menjadi salah satu syarat sah dalam Islam namun realitinya sekarang telah menjadi suatu kemestian agar perkahwinan itu direkodkan dalam bentuk dokumen supaya pentadbiran mahkamah lebih sistematik dan teratur sepertimana yang terkandung di dalam peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam setiap negeri. Prosedur ini dianggap terlalu rigid bagi pasangan yang ingin berkahwin dan mereka mengambil jalan mudah untuk berkahwin tanpa kebenaran. Oleh itu, penulis telah membincangkan mengenai kebenaran dan kesalahan menegenai perkahwinan yang telah diperuntukan di dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 supaya pasangan jelas terhadap prosedur perkahwinan yang akan dilalui sebelum melangsungkan perkahwinan. Malahan, penulis membuat penilaian berdasarkan metod lapangan melalui statistik kes Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mengetahui jumlah peningkatan kes yang kerap dilakukan oleh pasangan yang berkahwin tanpa kebenaran. Hasil tinjauan melalui analisis kes daripada statistik tersebut membuktikan bahawa peningkatan jumlah kes yang berlaku disebabkan kurangnya penguatkuasaan dari sudut undang-undang dalam memberikan hukuman. Penalti yang dikenakan tidak memberi kesan kepada pasangan untuk melakukan kesalahan tersebut. Maka keperluan Undang-undang Keluarga Islam (UUKI) perlu diberi perhatian serius dan ketegasan Hakim dalam memberi hukuman perlu supaya akauntibiliti dapat dilihat dalam menangani permasalahan yang wujud.
Note
Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2015.
Recommended Citation
Mohd Zahiruddin Fahmi, Ahmad Zakhi, "Perkahwinan tidak mengikut prosedur: Kajian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Mohd Zahiruddin Fahmi Ahmad Zakhi" (2015). Student Works (2010-2019). 2725.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2725