Date of Award

1-1-2010

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Programme of Islamic Studies

Institution

University of Malaya

Abstract

Sayr al-Sālikīn merupakan salah sebuah kitab klasik karangan Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani yang terdiri daripada 4 juzuk. Di dalam kitab ini mengandung banyak hadīth, di antaranya adalah hadīth-hadīth tentang al-Salāt. Penulis hanya mengkaji 116 buah hadīth dalam bab al-Salāt juzuk pertama dengan pendekatan kepada kritik luaran (al-Naqd al-Khārijiy). Kajian ini bertujuan mengenal pasti sumber-sumber hadīth, memastikan status kehujahan hadīth, juga sebarang pendedahan hadīth-hadīth dalam bab al-Salāt yang terkandung di dalam kitab tersebut. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan (library research) dengan menggunakan kaedah takhrīj iaitu; untuk mengenal pasti sumber hadīth, maka penulis merujuk kepada al-Marāji‘ al-Asliyyah (kitab primer) dan al-Marāji‘ al-Thanawiyyah (kitab sekunder). Untuk mengkaji identiti perāwī pula, penulis merujuk kepada kitab-kitab rijāl al-Hadīth, dengan mengambil kira pendapat ulama Hadīth. Hasil kajian ini didapati bahawa sebahagian besar hadīth adalah tidak dapat diterima kehujahannya (mardūd). Iaitu 46 (39.7%) hadīth adalah sahīh, 8 (6.9%) hasan, 23 (19.8%) adalah da‘īf, 1 (0.9%) adalah sangat da‘īf (da‘īf jiddān) dan hadīth mawdū‘ adalah 31 (26.7%). Manakala hadīth yang tiada ketentuan sumbernya kerana belum ditemui adalah sebanyak 7 (6.0%).

Note

Dissertation (M.Islam Stud.) -- Program Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010

Share

COinS