Date of Award
1-1-2015
Thesis Type
masters
Document Type
Thesis
Divisions
fac_eng
Department
Akademik Pengajian Islam
Institution
University of Malaya
Abstract
‘Urf adalah sumber tambahan terhadap Masadir al-Tasyrik (Sumber Utama Syarak), dan merupakan metode yang digunakan oleh fuqaha bagi menentukan hukum terhadap perkara-perkara yang tidak dinyatakan oleh nas secara qat‘i atau putus. Ia merangkumi pelbagai aspek khususnya ibadat dan muamalat dalam Islam. Tulisan ini bertujuan mengupas isu zakat yang mempunyai kaitan dengan emas yang menjadi perhiasan wanita. Perbincangan akan berkisar tentang pelbagai aspek yang melibatkan pandangan ulama terhadap hukum asal emas perhiasan dari sudut zakat. Fokus dan penekanan akan diberikan bagi mengkaji kaedah penetapan kadar ‘urf bagi Melaka dan Selangor pada masa kini. Apa yang perlu diberikan perhatian ialah hukum zakat bagi emas perhiasan adalah tidak sama dengan kategori emas-emas yang lain, kerana masing-masing mempunyai ‘illah yang berbeza. Hasil analisa menunjukkan bahawa jumhur ulama termasuk al-Syafi'i yang dipegang oleh majoriti negeri-negeri di Malaysia telah menetapkan hukum kepada tidak wajib zakat atas emas perhiasan kerana meraikan hak-hak wanita sepertimana yang ditunjukkan oleh al-hadith. Namun, keharusan tersebut adalah terikat dengan kadar tertentu yang diputuskan oleh ‘urf mengikut penilaian yang dibuat oleh ulama semasa. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan kadar ‘urf berdasarkan amalan negeri-negeri khususnya di Selangor dan Melaka yang perlu diberikan perhatian oleh pihak-pihak tertentu bagi mengelak kekeliruan dalam masyarakat.
Note
Dissertation (M.A.) – Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015.
Recommended Citation
Nor Mohd Faisal, Md Ariffin, "Penentuan ‘Urf zakat emas perhiasan: Analisis perbandingan Majlis Agama Islam Selangor dan Pusat Zakat Melaka
/ Nor Mohd Faisal Bin Md Ariffin" (2015). Student Works (2010-2019). 2782.
https://knova.um.edu.my/student_works_2010s/2782
5761-Bab_2_(hard_cover).pdf (920 kB)
5761-Bab_3_(hard_cover).pdf (910 kB)
5761-Bab_4_(hard_cover).pdf (1091 kB)
5761-Bab_5_(hard_cover).pdf (613 kB)
5761-BIBLIOGRAFI.pdf (377 kB)
5761-Halaman_Tajuk.pdf (59 kB)
5761-KULIT_DISERTASI.pdf (88 kB)