Date of Award

1-1-2015

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

language

Department

Faculty of Languages And Linguistics

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan Kaedah Pengajaran Bahasa Berasaskan Tugasan (KPBBT) di Pusat Asasi UIAM. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pemahaman pensyarah terhadap kaedah ini dan pengalaman mereka menggunakan kaedah tersebut dalam pengajaran bahasa Arab. Di samping itu, penulis telah meninjau persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah yang menggunakan KPBBT di dalam kelas dan keberkesanan kaedah ini dalam memperbaiki mutu pembelajaran bahasa Arab mereka. Kajian ini melibatkan dua kumpulan responden iaitu 15 orang pensyarah dan 30 orang pelajar. Penulis menggunakan kaedah soal selidik sebagai instruman kajian. Data yang diperolehi daripada instrumen tersebut dianalisis menggunakan statistik diskriptif iaitu peratusan dan min. Hasil kajian mendapati para pensyarah yang terlibat mempunyai pemahaman yang baik terhadap KPBBT dan berdasarkan pengalaman mengajar menggunakan kaedah tersebut, majoriti pensyarah mengakui bahawa ia banyak membantu mereka dalam pengajaran bahasa Arab. Manakala di pihak pelajar pula, mereka bersetuju bahawa penggunaan kaedah ini berupaya membantu mereka memahami bahasa Arab dengan lebih berkesan. Kajian ini juga membuktikan bahawa KPBBT telah berjaya memberikan impak positif kepada kedua- dua belah pihak bagi memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di pusat ini.

Note

Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015.

Share

COinS