Date of Award

1-1-2014

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

language

Department

Faculty of Languages And Linguistics

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini memaparkan tentang perubahan makna dalam tulisan Cina yang tergolong dalam tulisan Cina radikal “Nǚ”. Perbincangan kajian ini bertumpu kepada perubahan makna dan unsur budaya yang terselit dalam tulisan Cina yang tergolong dalam radikal “Nǚ” ini. Kajian ini bersifat kualitatif . Dengan menggunakan kaedah ini, kajian ini telah mengenalpasti apakah tulisan Cina dan bilangan tulisan Cina yang tergolong dalam radikal “Nǚ”. Melalui data yang dikumpul ini, unsur-unsur budaya yang terselit dalam setiap tulisan Cina golongan radikal “Nǚ” ini telah dianalisa dan dibincang dengan lebih mendalam. Didapati unsur-unsur budaya yang terselit dalam data kajian ini terbahagi kepada beberapa katagori iaitu kategori nama keluarga, katagori sistem rujukan (terms of reference ) kaum wanita, sistem panggilan untuk kaum wanita dalam masyarakat ( terms of address ), kategori perkahwinan, kategori melahir, kategori rupa, bentuk badan, watak dan kelakuan wanita serta katagori penyakit wanita. Selain itu, kajian ini juga mendapati tulisan Cina golongan radikal “Nǚ” ini juga mengalami beberapa jenis perubahan semantik yang berlainan seperti peningkatan makna, memerosotan makna, metonimi, sinekdok dan perluasan makna. Malah, kajian ini juga mendapati terdapat tulisan Cina golongan radikal “Nǚ” yang telah pupus atau hilang. Dapatan kajian ini juga bertujuan membantu mereka yang mempelajari Bahasa Cina untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang budaya dan penglihatan dunia masyarakat Cina pada masa silam dan juga mengamati kebijaksanaan mereka yang mencipta tulisan.

Note

Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2014.

Share

COinS