Date of Award

1-1-2014

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

language

Department

Faculty of Languages And Linguistics

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini memaparkan strategi pembelajaran simpulan bahasa Cina dan keberkesanannya di kalangan pelajar sekolah rendah. Dengan berasaskan kaedah kualitatif, seramai 102 orang pelajar tahun enam yang belajar di SRJK(C) dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dikumpul melalui ujian simpulan bahasa Cina, borang soal selidik dan temu bual. Kajian ini fokus kepada hubungan di antara kesalahan yang dilakukan, pemilihan strategi pembelajaran bahasa dan pencapaian pelajar tahun enam dalam ujian simpulan bahasa Cina. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai pencapaian yang cemerlang cenderung menggunakan strategi pembelajaran bahasa dalam bentuk kombinasi . Manakala pelajar yang lemah dalam menguasai simpulan bahasa Cina didapati kurang menggunakan strategi pembelajaran bahasa atau menggunakan strategi pembelajaran yang kurang sesuai. Kajian ini juga bertujuan untuk membantu para pelajar dan pihak berkenaan untuk meningkatkan prestasi pelajar tahun enam dengan memaparkan analisis jenis kesalahan yang paling kerap dilakukan dalam ujian dan mencadangkan jenis strategi pembelajaran yang sesuai untuk pembelajaran simpulan bahasa Cina.

Note

Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2014.

Share

COinS