Date of Award

1-1-2012

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

7

Department

Dept of Islamic History & Civilization

Institution

University of Malaya

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh Kursus Pendidikan Islam terhadap cara hidup pelajar di Politeknik Kota Melaka. Seramai 265 responden yang terlibat dalam kajian ini dipilih melalui kaedah persampelan rawak. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar peringkat sijil yang sedang mengikuti pengajian pada semester Julai Sesi 2009. Data-data dalam kajian ini diperolehi melalui soalselidik, temubual dan pemerhatian. Ketiga-ketiga teknik ini digunakan bagi mendapatkan data-data dan maklumat berkaitan tahap pemahaman asas pendidikan Islam di kalangan pelajar dan pengaruh Kursus Pendidikan Islam terhadap cara hidup pelajar dalam aspek ibadah, cara berpakaian, pergaulan dengan ibubapa, pergaulan dengan pensyarah dan pergaulan dengan rakan-rakan. Penganalisaan data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 15.0. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan statistik diskriptif seperti min, peratus dan frekuensi. Dapatan kajian menunjukkan responden memiliki pemahaman yang tinggi berkaitan pendidikan Islam. Namun terdapat beberapa perkara yang masih menunjukkan peratusan yang rendah iaitu membaca tulisan jawi dengan baik dan lancar serta membaca al-Quran dengan lancar mengikut tajwid. Dalam perkara berkaitan pengaruh Kursus Pendidikan Islam terhadap cara hidup pelajar, masih terdapat peratusan yang agak rendah atau berada pada tahap kurang memuaskan terhadap beberapa aspek. Antaranya pengaruh terhadap aspek ibadah berada pada tahap yang agak rendah berbanding aspek-aspek lain. Perkara ini perlu diberi perhatian serius memandangkan ibadah merupakan antara tonggak utama dalam agama Islam.

Note

Disertasi (M.Usuluddin) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012

Share

COinS