Date of Award

1-1-2012

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_eng

Department

Akademik Pengajian Islam

Institution

University of Malaya

Abstract

Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W untuk disampaikan kepada manusia sejagat. Ia mengandungi pelbagai panduan untuk membawa manusia mencapai keredhaan Allah serta kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Al-Quran mempunyai cara dan gaya bahasa tersendiri dalam menyampaikan mesejnya kepada manusia. Antara cara penyampaian yang digunakan di dalam al-Quran ialah dengan menggunakan uslËb khabarÊ. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti uslËb khabarÊ dan penggunaannya dalam al-Quran terutamanya dalam surah Yasin. Di samping itu juga, kajian ini dijalankan untuk menjelaskan beberapa persoalan penting yang terdapat dalam surah Yasin seperti sebab penurunan ayat, huruf hijÉiyyah pada permulaan surah Yasin dan intisari surah Yasin. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis ayat-ayat yang berbenyuk uslËb khabarÊ yang terdapat dalam surah Yasin, sama ada yang terdiri daripada bentuk ibtida’Ê, bentuk ÏalabÊ dan bentuk inkÉrÊ. Metode yang digunakan adalah metode perpustakaan. Ayat yang dianalisiskan diberikan maksud dan penghuraian mengikut pandangan ahli-ahli Tafsir, kemudian diterangkan pula tentang kaedah pembentukan ayat tersebut dalam bentuk uslËb khabarÊ. Hasil kajian mendapati tujuan penggunaan uslËb khabarÊ dalam surah Yasin bukan sahaja untuk menyampaikan berita kepada pendengar tetapi adalah untuk pelbagai penggunaan lain seperti penafian, penyesalan, memberi peringatan dan menggalakkan melakukan amalan kebaikan.

Note

Disertasi (M.A.) – Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012.

Share

COinS