Date of Award

1-1-2001

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Projek tahun akhir ini merupakan laporan teknikal bagi menyempurnakan sistem yang bertajuk "Sistem Kiosk Perkahwinan Islam versi 1.0" atau SIPKOM. la merupakan satu sistem yang memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Perkahwinan Islam serta istilah-istilah yang berlaitan dengannya dengan lebih mudah dan cepat. SIPKOM dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic Enterprise Edition versi 5.0 bagi kemudahan persekitaran pengguna tunggal yang berkonsepkan ramah pengguna serta mudah digunakan. Di dalam penyempurnaan projek ini, perbincangan terlebih dahulu dibuat bersama dengan penyelia projek bagi mendapatkan gambaran awal bagi ciri-ciri yang akan dibangunkan serta menghubungi pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bagi memperolehi maklumat lanjut dan keperluan bagi membangunkan SIPKOM ver 1.0 ini. SIPKOM terbahagi kepada 2 mod iaitu mod pengguna dan pentadbir. Bagi mod pengguna, antara modul yang ada ternmasuklah modul Carian lstilah, Glossari, Latihan serta Paparan maklumat tentang Perkahwinan islam. Dan modul bagi pentadbir pula terdiri daripada pengemaskinian bagi lstilah dan Glossari dan Cetakan. Adalah diharapkan SIPKOM dapat memartabatkan informasi Perkahwinan Islam secara digital dan memberi manfaan kepada semua pihak.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2000/2001.

Share

COinS