Date of Award

1-1-2001

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Pada masa ini banyak sekolah-sekolah di negara maju telah mengaplikasikan teknologi maklumat di dalam pentadbiran dan pengajaran di sekolah mereka. Penggunaan komputer dalam pendidikan tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Kini kegunaan komputer lebih efektif lagi. Sistem Kewangan Sekolah Menengah dibangunkan adalah untuk memudahkan pengurusan kewangan di sekolah di mana ianya lebih mudah, cepat dan selamat. Selain itu, ianya juga dapat mengatasi masalah yang dihadapi di dalam sistem manual yang digunakan sebelum ini. Model air terjun telah digunakan dengan pendekatan sebagai prototaip dipilih dalam membangunkan sistem ini. Ini bertujuan bagi langkah bagi mengenalpasti masalah yang timbul semasa membangunkan sistem ini nanti. Diharapkan apabila terlaksananya projek ini nanti, ia akan memudahkan pihak pengurusan sekolah di dalam menyimpan rekod kewangan dengan lebih cepat dan efektif. Sistem ini juga mudah untuk digunakan kerana ianya menyediakan aplikasi yang berorientasikan Perantaramuka grafik Pengguna di mana ianya memudahkan kerani di sekolah tersebut berinteraksi dengan pangkalan data yang sedia ada.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001.

Share

COinS