Date of Award

1-1-2001

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Dokumen ini adalah bertujuan untuk menggariskan pembangunan sistem sebenar di samping menggariskan panduan penggunaan untuk sistem tersebut. Bersama dokumen ini juga telah disertakan panduan pembangunan sistem dan juga senibinanya, Ini penting untuk memastikan sistem yang telah dibangunkan memenuhi kehendak pengguna dan dapat dibangunkan pada masa hadapan. Bagi projek ini sistem yang dibangunkan ialah sistem katalog dokumen bagi bilik dokumen Fakulti Sains Kompuler dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Bilik ini menyimpan arkib dokumen yang terdiri daripada buku-buku rujukan manual perisian, manual perkakasan laporan latihan industri dan projek ilmiah tahun akhir. Dokumen ini diarkibkan untuk rujukan masa depan masyarakat fakulti. Skop asas yang akan diberi perhatian ialah dokumen Projek Ilmiah Tahun Akhir. Ini adalah kerana dokumen ini mempunyai kadar capaian yang amat tinggi terutama sekali bagi para penuntut tahun akhir, Dokumen ini juga adalah dokumen yang paling cepat bertambah dan ia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sistem yang akan dibangunkan adalah sistem berdasarkan web bertujuan untuk memberi fleksibiliti dan kemudahan kepada pengguna dalam mendapatkan maklumat. Pembangunan akan menumpukan kepada automasi pemilikan dokumen.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2000/2001.

Share

COinS