Date of Award

1-1-2001

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Sistem perbankan adalah merupakan satu perkara yang amat penting dalam pengurusan kewangan. Dari sini bolehlah dianalisis kedudukan kewangan sesuatu syarikat atau perbadanan adakah ia stabil atau sebaliknya. Di samping itu, ia dapat membantu pihak pengurusan syarikat atau perbadanan tersebut dalam membuat keputusan serta pengawalan. Disebabkan menyedari kepentingan ini maka Sistem Perbankan Bersepadu (Secara Islam) dibina. Secara amnya, Sistem Perbankan Bersepadu (Secara Islam) ini merupakan satu sistem yang digunakan bagi menganalisis penyata kewangan yang se1alunya digunakan di bank-bank atau institusi perniagaan bagi menentukan kedudukan kewangan mereka di samping memudahkan kerja-kerja yang dilakukan secara manual. Sistem ini menawarkan beberapa kemudahan seperti pengiraan secara automatik, penyimpanan data-data dan juga pencetakkan laporan. Sistem ini terbahagi kepada dua modul utama iaitu modul pengguna kakitangan dan modul pengguna pengurus. Modul pengguna kakitangan mempunyai pelbagai operasi dengan kemasukkan data-data tetapi terdapat sebahagian operasi yang tidak boleh dicapai, Modul pengguna pengurus pula, membolehkan mereka mencapai sebarang operasi dan data.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2000/2001.

Share

COinS