Date of Award
1-1-2001
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
M3UPSR merupakan satu pakej pembelajaran multimedia matematik yang dibangunkan khusus untuk pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6 kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) yang bakal menduduki ujian penilaian sekolah rendah (UPSR). Pakej ini memfokus kepada latihan-latihan berasaskan kepada tajuk-tajuk yang terkandung di dalam silibus matematik UPSR. Setiap jenis latihan di dalam pakej ini dibahagikan kepada beberapa unit set latihan. Soalan-soalan latihan yang berbentuk aneka pilihan dan 'isikan tempat kosong' diberikan untuk menilai pemahaman pelajar terhadap matapelajaran matematik. Gabungan beberapa elemen multimedia juga akan menghasilkan antaramuka yang menarik disamping penggunaannya yang berbentuk mesra-pengguna (user-friendly). M3UPSR ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengarangan Macromedia Authorware 4.0 di mana ianya menyediakan pelbagai kemudahan dalam rekabentuk antaramuka pengguna. Pakej ini mengandungi 3 modul utama iaitu modul latihan objektif, modul latihan subjektif dan modul peperiksaan. Dengan kesemua ciri-ciri serta kemudahan yang terkandung dalam pakej ini, M3UPSR diharapkan dapat menjadi satu alat bantuan belajar yang memberi kesan efektif kepada pelajar-pelajar dengan bimbingan daripada ibubapa dan guru.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2000/2001.
Recommended Citation
Radziah, Ab. Hamid, "Pakej pembelajaran matematik UPSR (M3UPSR) / Radziah Ab. Hamid" (2001). Student Works (2000-2009). 684.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/684