Date of Award
1-1-2001
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Academy of Islamic Studies
Department
Department of Aqidah and Islamic Thought
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk memperlihatkan kedudukan kisah dalam Al-Qur'an dan matlamat serta peranannya dalam memberikan pengajaran kepada umat Islam khususnya para du'at, dengan rujukan khusus kepada kisah Nabi Nub a.s. Kajian ini mengandungi bab-bab sei,erti berikut: Bab satu pendahuluan, dalam bab ini mengandungi pengenalan tajuk, latar belakang masalah, alasan memilih judul, pengertian judul dan perumusan masalah, objektif kajian, metodologi penyelidikan dan akhir sekali sistematika penulisan. Bab kedua pula, membincangkan tentang kisah AlQur'an, definisi kisah, Al-Qur'an dan kisah, jenis-jenis kisah al-Quran matlamat kisah al-Quran, berulangnya kisah Al-Quran, hikmah berulangnya kisah, contoh-contoh pengulangan kisah, turut dibahas juga kisah Aal-Qur'an dan sejarah, ciri-ciri kisah Al-Qur'an, Israiliyat dan kisah Al-Qur'an. Bab ketiga, menyentuh tentang Nabi Nuh dan Kaumnya, nasab nabi Nuh a.s, kelahiran Nabi Nuh a.s, akhlak Nabi Nuh a.s, putra-putra Nabi Nuh a.s, mukjizat Nabi Nuh a.s, perbezaan antara Nabi dan Rasul, Nuh rasul pertama, Nuh \ termasuk ulu al - azm, kaum Nuh a. s dan sembahan mereka, peristiwa banjir. Bab keempat pula membahas tentang metodologi dakwah Nabi Nuh, akidah tiuhid asas dakwah para Rasul, keperluan manusia kepada akidah, disusuli dengan metodologi Nabi Nuh a.s dalam memantapkan akidah umatnya. Selepas keseluruhan tajuk dibincangkan penulis menggunakan bab kelima sebagai penutup dan merumuskan kesimpulan.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2001.
Recommended Citation
Ismail, Arpandi, "Kisah Nabi Nuh alayh al-salam dalam al-Qur'an : suatu kajian tentang metodologi pemantapan akidah umat Islam" (2001). Student Works (2000-2009). 631.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/631
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Islamic Studies Commons, Other Education Commons, Religious Thought, Theology and Philosophy of Religion Commons
Initial
snms