Date of Award

1-1-2001

Thesis Type

Masters

Document Type

Thesis

Divisions

Academy of Malay Studies

Department

Department of Malay Literature

Institution

Universiti Malaya

Abstract

KEDUDUKAN Pramoedya Ananta Toer dalam konteks perkembangan sastera moden Indonesia khususnya di era Angkatan 45 telah diteliti dari pelbagai perspektif oleh sarjana-sarjana Indonesia, Malaysia dan Barat. Sumbangan besar dalam mengubah hala tuju sastera kotemporari Indonesia selepas perang telah memberi kesan penting khususnya dari aspek gaya, pendekatan dan tema. Novel-novelnya sebagai contoh, merupakan pandangan kesedaran kelompok masyarakat bawahan Indonesia dalam mcmperjuangkan kepentingan mereka. Pembahasan dalam tulisan ini dengan menggunakan teori Strukturalisme Genetik oleh Lucien Goldmann akan melihat bagaimana aspek-aspek kesedaran kolektif masyarakat bawahan dalam tiga era diketengahkan. Menerusi disertasi ini, penerapan teori Strukturalisme Genetik ke dalam novel-novel Pramoedya dibahagikan kepada enam bah. Sahagian pertama penulisan ini ialah pendahuluan yang akan memaparkan tujuan kajian, kajian terdahulu terhadap novel-novel Pramoedya, kaedah kajian dan pendekatan yang digunakan. Bab pertama pula ialah pengenalan terhadap teori Strukturalisme Genetik oleh Goldmann yang merupakan teori sosiologi sastera yang paling 'lengkap' berbanding dcngan dengan tcori-teori pasca Marxisme yang diperkenalkan oleh sarjana-sarjana sebelumnya. la juga memperlihatkan bagaimana penerapan teori ini ke dalam karya The Hidden God. Bab kedua merupakan latarbelakang sosial Pramoedya yang menjadi asas kepada gaya kepengarangannya. Antara lain latarbelakang kehidupan di kota miskin Blora dan hubungan eratnya dengan Lembaga Kebudayaan Rakyat (Lekra) yang merupakan organisasi kebudayaan di bawah Parti Komunis Indonesia yang ditubuhkan pada 1952 di Solo, Jawa Tengah. Bab ketiga merupakan penerapan teori Strukturalisme Genetik oleh Goldmann ke dalam novel-novel Bumi Manusia, Jejak Langkah dan Anak Semua Bangsa yang terangkum di dalam tetralogi Bumi Manusia. Novel-novel ini merupakan pandangan-pandangan kesedaran kelompok Pramoedya tentang masyarakat Indonesia pada era kolonial Bclanda (Hindia Belanda). Bab keempat merupakan penerapan teori ini ke dalam novel-novel zaman perang yang dipilih untuk dianalisis iaitu Keluarga Gerilya (1952) dan Perburuan (1950). Bab kelima merupakan penerapan teori ini ke dalam novel-novel pasca perang Revolusi atau lebih dikenali sebagai era Orde Lama. Dalam analisis untuk bah ini, tiga novel dipilih iaitu Bukan Pasar Malam (1954), Korupsi (1956) dan Sekali Peristiwa di Banten Selatan (1957). Bab keenam merupakan kesimpulan dari analisis ini dengan mengemukakan sejauhmana teori Strukturalisme Genetik oleh Goldmann dapat diterapkan ke dalam novel-novel Pramoedya sesuai dengan pandangan-pandangan pertentangan kelasnya.

Initial

snms

Additional Information

Dissertation (M.A) -- Academy of Malay Studies, Universiti Malaya, 2001.

Share

COinS