Date of Award
1-1-2001
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Languages and Linguistics
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
ANALISIS KESILAPAN SEBUTAN BAHASA AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH, merupakan analisis bagi melihat tahap kemampuan pelajar menyebut bahasa al-Quran. Umumnya, kesilapan dan kemampuan pelajar bergantung kepada sejauh mana tumpuan seseorang terhadap al-Quran. Bab pertama, penulis menjelaskan secara ringkas tentang analisis kesilapan, penyataan masalah, objektif dan kepentingan kajian, bidang dan batasan kajian, tinjauan terhadap kajian yang berkaitan. metodologi penyelidikan dan rangka kajian. Dalam bab kedua pula, penulis menerangkan tentang al-Quran dan kelebihan mempclajari al-Quran, huruf- huruf al-Quran dari segi teknik sebutan makhraj-makhrajnya dan membunyikan sifal- sifat huruf tcrsebut. Huruf- huruf dihuraikan dengan terperinci. Penulis juga menerangkan istilah al- Dabt dalam rasm uthmani dan tanda baca yang mempengaruhi sebutan pelajar. Penulis mengakhiri bab ini dengan mengutarakan beberapa faedah al-Dabt kepada pelajar dan masyarakat. Bab ketiga, penulis cuba menganalisis kesilapan-kesilapan yang berlaku hasil kajian yang dijalankan oleh penulis ke atas 80 orang pelajar sekolah menengah. Hasil soal selidik dan temubual penulis dengan guru-guru dan pelajar-pelajar juga dibincangkan. Di sini penulis menyatakan jumlah peratusan dan rumusan terhadap kajian yang dilakukan. Dalam bab keempat penulis menerangkan punca-punca berlakunya kesilapan serta faktor- faktor yang mendorong meluasnya kesilapan dalam sebutan bahasa al-Quran walaupun pelajar sentiasa didedahkan dengan pembacaan al-Quran oleh masyarakat, media massa dan alat eletronik yang canggih Iagi berkesan. Dalam bab kelima, penulis membual rumusan di atas kesilapan yang sering dilakukan serta mengutarakan beberapa cadangan dan langkah mengatasinya. Cadangan yang diutarakan diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar meningkatkan kebolehan mereka dalam sebutan bahasa al-Quran den memberi gambaran kepada guru-guru bahawa kesilapan serta kelemahan pelajar boleh diatasi dengan menggunakan cara-cara yang bijak dan berkesan.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2001.
Recommended Citation
Mohamed Hasbullah, Mohd Nasir, "Analisis kesilapan sebutan bahasa al-Quran di kalangan pelajar sekolah menengah" (2001). Student Works (2000-2009). 525.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/525
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Arabic Language and Literature Commons, Language and Literacy Education Commons, Linguistics Commons
Initial
snms