Date of Award
1-1-2001
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Business and Economics
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Selama lima puluh tahun (1950-2000) terdapat pemahaman dan harapan (understanding and expectation) yang berbeza tentang hubungan pusat dan daerah di Indonesia. Pemerintah pusat memahami hubungan tersebut sebagai asas otonomi terhad. Sedangan daerah memahami sebagai asas otonomi luas yang memberikan perhatian lebih kepada hak asal usul daerah yang bersifat khas. Perbezaan pemahaman ini menyebabkan wujudnya persaingan kuasa dan pengaruh antara kekuatan politik pusat dengan daerah. Hal ini berlaku pada hampir semua aspek, termasuk juga pemilihan pimpinan tertinggi di daerah (gabenor). Dengan mempergunakan kaedah kajian historical narrative and political analysis Propinsi Sumatra Barat dipilih sebagai kajian kes dalam penyelidikan ini untuk dapat memaparkan dinamika hubungan pusat dan daerah di Indonesia. Dari hasil kajian dapat dikenal pasti bahawa pemerintah pusat sangat dominan. lni dapat dibuktikan dalam pemilihan gabenor bahawa setiap tokoh yang akan menjadi pimpinan tertinggi di d!ierah mesti sehala dengan kemahuan pusat. Pemerintah pusat dapat sahaja mengenepikan seorang tokoh untuk menjadi gabenor meskipun tokoh berkenaan mendapat sokongan majoriti dalam pemilihan di DPRD. Berdasarkan hasil kajian tersebut dicadangkan untuk mengkaji semula asas hubungan pusat dan daerah di Indonesia dalam mempertingkatkan amalan demokrasi dalam sistem politik Indonesia. Khas untuk pemilihan gabenor dicadangkan untuk mengamalkan sistem pemilihan langsung (direct electoral system).
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya, 2001.
Recommended Citation
Isra, Saldi, S. H., "Dinamika hubungan pusat dan daerah di Indonesia : kajian kes pemilihan Gabenor Sumatra Barat 1950-2000" (2001). Student Works (2000-2009). 513.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/513
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Development Studies Commons, Political Science Commons, Public Affairs, Public Policy and Public Administration Commons
Initial
snms