Date of Award
1-1-2001
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Business and Economics
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Sistem pengurusan Islam tertegak di atas paradigma Tauhid yang diasaskan kepada beberapa prinsip utama. la merupakan satu model yang unggul kerana mampu membawa setiap individu ke arah ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t selaras dengan tujuan hakiki manusia itu diciptakan. Atas keyakinan ini, maka seharusnya prinsip pengurusan Islam ini diaplikasikan secara total dalam organisasi bagi memastikan penghayatan konsep khalifah dalam segala tugas dan gerakkerja yang dilakukan. Di Malaysia, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk memasukkan elemen-elemen Islam dalam pengurusan. Namun begitu, kerana terdapatnya kelemahan-kelemahan dari segi pertaksanaan dan penerimaannya, maka tidak dapat dinafikan bahawa masalah pengurusan masih terus kedengaran. Dalam penyelidikan ini, perbincangan akan merangkumi sejarah, evolusi dan perlembangan nilai-nilai Islam dalam sektor awam di Malaysia. Tumpuan perbincangan mengenai prinsip-prinsip pengurusan Islam merupakan fokus utama dalam kajian. Satu analisis dilakukan untuk melihat tahap kefahaman, tahap penerimaan dan trend tanggapan kakitangan perkhidmatan awam terhadap prinsip-prinsip pengurusan Islam. Dalam pada itu, penyelidikan ini juga akan mengetengahkan cadangan-cadangan altematif bagi meningkatkan tahap kefahaman kakitangan perkhidmatan awam terhadap prinsip-prinsip pengurusan Islam secara keseluruhannya.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya, 2001.
Recommended Citation
Abdul Aziz, Azlina, "Tanggapan kakitangan perkhidmatan awam terhadap prinsip-prinsip pengurusan Islam" (2001). Student Works (2000-2009). 501.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/501
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Human Resources Management Commons, Organizational Behavior and Theory Commons, Sociology Commons
Initial
snms