Date of Award

1-1-2000

Thesis Type

Masters

Document Type

Thesis

Divisions

Faculty of Business and Economics

Department

-

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca utama dari faktor-faktor yang disenaraikan yang menyebabkan tekanan pekerjaan di kalangan guru sekolah kerajaan dan mengenalpasti mekanisma utama digunakan dalam menangani. lanya mengkaji samada ciri demografi responden mempunyai perbezaan yang signifikan dengan punca tekanan dan mekanisma yang digunakan. Sejumleh 200 soal selidik telah diedarkan kepada 20 buah sekolah di Daerah Kata Satar dan Padang Terap/Pendang. Daripada jumlah itu, 185 dikembalikan. Sebanyak 20 item dlgunakan untuk mengukur punca tekanan dan 22 Item untuk mengukur mekanisma menangani tekanan. Dapatan menunjukkan faktor lebihan kerja menjadi punca utama tekanan pekerjaan. Manakala faktor kurang bebanan kerja adalah faktor penyebab yang terendah. Mekanisma utama digunakan dalam menangani tekanan ialah melalui pendekatan agama dan yang paling kurang digunakan lalah melalui pengambllan ubat/alkohol. Statistik lnferensial iaitu ujian t dan anova digunakan untuk menguji hipote.sls. Melalui hipotesis yang diuji hanya faktor konflik peranan dan struktur organisasi yang menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi menyokong hipotesis. Guru perempuan mengalami lebih tekanan berbanding guru lelaki berkaltan faktor konflik peranan. Guru yang berkhidmat kurang dari 10 tahun mengalami lebih tekanan berbanding guru yang lebih lama mengajar berkaltan faktor struktur organisasi. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berkaitan dengan jantina dan peringkat sekolah dengan mekenisma menangani tekanan yang digunakan. Guru yang berkahwin lebih menggunakan pendekatan penilaian semula dan agama, manakala guru bujang lebih menggunakan pendekatan penafian. Guru bukan siswazah lebih menggunakan pendekatan penilaian semula, 'mental disenggagement' dan penafian berbanding guru siswazah. Guru yang mengajar di bandar lebih menggunakan pendekatan perancangan. Manakala guru di luar bandar lebih memilih kepada pendekatan penilaian semula, agama dan penafian.

Initial

snms

Additional Information

Dissertation (M.A) -- Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya, 2001.

Share

COinS