Date of Award
1-1-2003
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Laporan ini adalah untuk menentukan pembangunan kalkulator berasaskan web yang dinamakan Web Calculator. Terdapat lapan bab di dalam laporan ini. Bab yang pertama adalah pengenalan kepada maklumat projek iaitu berkaitan dengan latarbelakang, kekurangan sistem sedia ada, objektif yang ingin dicapai, skop projek, hasil yang dijangkakan dan perancangan projek. Bab yang kedua akan memaparkan keputusan kajian literasi. Ulasan tentang kalkulator yang sedia ada dan peralatan pembangunan dimasukkan di sini. Bab yang ketiga pula memaparkan pemilihan metodologi di dalam pembangunan perisian dan teknik pengumpulan maklumat yang dilakukan. Bab yang keempat memperlihatkan keperluan di dalam pembangunan perisian ini dan juga bahasa pengaturcaraan yang dipilih. Bab yang kelima menunjukkan rajah use case dan carta alir bagi sistem ini Rekabentuk antaramuka juga dimasukkan di bahagian ini. Bab seterusnya adalah pembangunan sistem. Di dalam bab ini, cara sistem dibangunkan diterang dengan jelas termasuk peralatan perisian dan perkakasan yang digunakan. Kemudian, bab ketujuh menerangkan bagaimana pengujian sistem dilakukan dan teknik-teknik pengujian yang dipilih. Bab yang terakhir menunjukkan perbincangan bagi sistem yang telah dibangunkan.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
Recommended Citation
Nor Azila, Mohd Bukhari, "Web calculator / Nor Azila Mohd Bukhari" (2003). Student Works (2000-2009). 1726.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/1726