Date of Award

1-1-2000

Thesis Type

Masters

Document Type

Dissertation

Divisions

Faculty of Arts and Social Sciences

Department

Centre for Civilisational Dialogue

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Disertasi ini cuba melihat peranan nilai-nilai tradisi Jepun dalam membentuk sebuah peradaban. Ia dimulakan dengan bahagian pendahuluan yang merangkumkan maklumat asas tentang latar belakang kajian, matlamat kajian, skop kajian, metodologi kajian serta pennasalahan yang dihadapi semasa kajian ini. Beberapa konsep penting yang menjadi asas kepada kajian ini turut diperkenalkan. Bab pertama merupakan pengenalan kepada negara Jepun secara umum yang mengambil kira aspek geografi, sejarah awal Jepun dan sejarah budaya Jepun sebagai manifestasi terhasilnya nilai-nilai tradisi mereka. Bab kedua pula menjurus kepada tajuk kajian dimana perbincangan yang dibuat meliputi pengertian nilai-nilai tradisi, proses pembentukannya, pemyataan dua daripada aspek nilai yang berkenaan serta sumbangannya dalam membentuk sebuah peradaban. Bab ketiga pula melihat peranan agama iaitu Shinto, Buddha dan Confucius dalam menyumbang kepada pembentukan nilai-nilai tradisi Jepun. Setiap satunya diperjelaskan secara terperinci meliputi latar belakang setiap agama serta nilai-nilai yang tercetus basil daripada kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat Jepun. Turut dimuatkan ialah bagaimana setiap satu daripada nilai yang dinyatakan telah membantu kepada pembentukan peradaban Jepun yang unik.

Bab keempat pula cuba menyorot beberapa lagi nilai tradisi yang terhasil daripada kod etika kepahlawanan atau Bushido yang telah menjadi jiwa orang Jepun yang mana telah turut menyumbang kepada pembentukan peradaban mereka. Menerusi bab ini penulis lebihmenekankan kepada nilai-nilai yang terbentuk hasil daripada latihan berbentuk kepahlawanan seperti berani, malu, betanggungjawab serta semangat patriotik yang tinggi. Bab kelima pule melihat pengaplikasian nilai-nilai tradisi dalam zaman kontemporari Bab keenam merupakan bab penutup yang merumuskan keseluruhan kajian dalam disertasi ini.

Initial

maa

Additional Information

Dissertation (M.A.) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2000

Share

COinS