Document Type
Conference Item
Publication Date
1-1-2017
Abstract
Terdapat beberapa kajian yang membincangkan konsep spekulasi dalam pasaran kewangan sama ada menurut perspektif sarjana Barat mahupun Islam. Berdasarkan kajian literatur yang dibuat, wujud perselisihan dan perspektif yang tidak jelas berkaitan spekulasi dalam kalangan para sarjana terutama perbandingannya dengan konsep pelaburan dan perjudian. Sesetengah sarjana mendakwa spekulasi hanyalah semata-mata pelaburan berasaskan keuntungan. Manakala sebahagian yang lain menegaskan spekulasi sebagai salah satu bentuk perjudian versi moden. Oleh itu, kajian ini dibuat bagi mengkaji perbezaan dan persamaan spekulasi dengan istilah yang lain menurut pandangan sarjana Barat dan Islam dan seterusnya menjelaskan konsep spekulasi yang sebenar dan menyeluruh. Bagi mencapai objektif ini, kajian ini akan menggunakan kajian perpustakaan dan data-data yang diperolehi akan dianalisis secara tematik dan komparatif. Hasil kajian ini mendapati bahawa unsur spekulasi tidak boleh dielakkan dalam dunia perniagaan dan pelaburan. Justeru, aktiviti tersebut perlu dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan agar tidak terjerumus kea rah perjudian.
Keywords
Spekulasi, Pelaburan, Perjudian, Pasaran kewangan, Ekonomi
Divisions
AcademyofIslamicStudies
Event Title
4th International Muamalat and Entrepreneurship Conference (IMEC 4)
Event Location
Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Event Dates
28-29 September 2017
Event Type
conference
Additional Information
Conference Paper