Document Type

Conference Item

Publication Date

1-1-2011

Abstract

Terengganu merupakan antara negeri terawal menerima kedatangan Islam di Tanah Melayu. Kelahiran tokoh-tokoh agama di Terengganu menjadikan masyarakat setempat sentiasa mendampingi tokohtokoh agama ini. Abdul Rahman Limbong merupakan salah seorang tokoh agama dan pemimpin di Terengganu yang memimpin rakyat untuk bangkit menentang penjajah terutamanya dari kalangan petani yang mana penceritaannya kurang didedahkan Perjuangan beliau dan juga rakyat Terengganu ketika itu dikatakan perjuangan tani kerana rakyat kebanyakan ketika itu bekerja sebagai petani. Kertas kerja ini dikemukakan bagi membincangkan latarbelakang serta ketokohan Haji Abdul Rahman Limbong dan juga peranannya dalam kebangkitan di Terengganu. Dalam usaha penelitian ini, beberapa perkara akan diberikan tumpuan. Pertama latarbelakang Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu sebagai pemimpin dan juga ulama, keduanya kisah kebangkitan menentang penjajah di Terengganu yang dipelopori oleh golongan petani. Ketiganya analisis mengenai sumbangan dan peranan beliau dalam kebangkitan rakyat di Terengganu dan akhirnya keempat kesimpulan dan beberapa cadangan mengenai kajian ini.

Keywords

Ulama dan Kemerdekaan, penjajahan Tanah Melayu, Abdul Rahman Limbong, Terengganu, kebangkitan rakyat

Divisions

Civilization

Event Title

NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV: “Ulama Pemacu Transformasi Negara”

Event Location

Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Event Dates

25-26 November 2011

Event Type

conference

Additional Information

Dept of Islamic History and Civilization, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

Share

COinS