Document Type
Book Section
Publication Date
1-1-2015
Abstract
Ekstremisme adalah suatu tindakan yang dikira melampau dan boleh mengakibatkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Ia terjadi dalam pelbagai kelompok masyarakat dalam dunia, dalam pelbagai agama, budaya dan faham politik. Bagi penganut agama Islam, kemunculan gerakan ISIS atau IS sedikit sebanyak memberi kebimbangan terhadap semua pihak. Ia menimbulkan isu keselamatan yang tidak boleh dipandang ringan. Begitu juga kegiatan-kegiatan ekstrem yang dilakukan oleh pihak lain sama ada di Asia, Afrika mahupun di Eropah. Fahaman ekstrem ini perlu ditangani sebaiknya bagi menatijahkan dunia yang aman.
Keywords
Ekstremisme, agama, tamadun, IS, ISIS
Divisions
Civilization
Funders
UM Research Grant RG013A-13HNE
Publisher
Persatuan Ulama Malaysia
Publisher Location
Shah Alam