Document Type
Conference Item
Publication Date
11-1-2013
Abstract
Persoalan bid’ah sering menjadi perbahasan yang hangat di dalam kalangan ilmuan Islam dan ia bertitiktolak dari perbezaan persepsi mereka terhadap terminologi bid`ah itu sendiri. Kewujudan dua aliran tegar yang berbeza di dalam memahami teori bid’ah telah mengundang satu konflik yang serius di dalam masyarakat. Artikel ini akan memfokuskan perbincangan mengenai teori bid’ah menurut perspektif al-Shatibi. Pandangan beliau dikaji memandangkan beliau adalah ulama pertama yang menghuraikan teori bid`ah secara terperinci dan panjang lebar dalam karyanya yang masyhur al-I`tisam. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji akan menggunakan sepenuhnya metode keperpustakaan dengan mengumpul data-data yang diperlukan. Kajian ini dilaksanakan melalui metode penelitian kualitatif. Kajian ini menilai pandangan al-Shatibi dan mendapati beliau merupakan seorang ulama yang berpendirian agak “keras”dalam isu ini dan juga merupakan pendokong pandangan bahawa setiap perkara baru yang menyentuh perkara usul yang qat`i dalam agama adalah sesat. Kajian ini juga mendapati bahawa tulisan beliau tentang bid`ah merupakan sebuah kajian ilmiah yang sangat terperinci dan berasas kepada hujah yang teliti dan kukuh. Pandangan beliau mungkin sesuatu yang tidak popular dalam konteks Malaysia tetapi menjadi suatu perkara yang sangat menarik untuk diperbahaskan.
Keywords
Bid’ah, al-Shatibi, Hukum Syara’, Haqiqiyyah, Idafiyyah
Divisions
DeptofFiqhUsul
Event Title
International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society 2013
Event Location
Kuala Terengganu
Event Dates
30 Nov- 01 Dec 2013
Event Type
conference