Document Type
Conference Item
Publication Date
2-1-2010
Abstract
Kertas kerja ini mengetengahkan perbincangan mengenai idealisme dialog kehidupan dan asas-asas dialog kehidupan yang dipraktikkan dalam masyarakat majmuk di Sabah. Secara teorinya, dialog kehidupan adalah salah satu bentuk dialog antara agama yang lazimnya juga dikenali sebagai ‘dialog kultural’. Dialog ini berbeza dengan ‘dialog struktural’ dari segi kaedah pelaksanaan, kandungan perbincangan, peserta dialog serta tempat dan masa dialog itu berlangsung. Dari segi praktikal, dialog kehidupan dibina dari asas saling kenal mengenali dan berkongsi aktiviti bersama. Perkenalan ini bermula apabila wujud pertemuan dan tinggal bersama antara masyarakat pelbagai agama dan etnik. Fenomena ini menjelaskan dialog kehidupan dibentuk dari lanskap dan platformnya yang tersendiri mengikut konteks masyarakat tersebut. Bagi memahami senario dialog kehidupan di Sabah, kajian ini memfokuskan pengalaman hidup saudara baru pada peringkat sebelum memeluk Islam (pra-konversi) yang memaparkan pertemuan, tinggal bersama dan jalinan perkenalan dengan Muslim. Pendekatan kajian kes dijalankan dengan memfokuskan mualaf dari pelbagai etnik yang bermastautin di sekitar Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan metode kualitatif yang bersandarkan teknik temubual mendalam. Analisis data diolah dan dipersembahkan dalam bentuk analisis tematik yang disepadukan dengan transkripsi temubual dalam bentuk nukilan verbatim.
Event Title
Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat
Event Location
Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei Darussalam
Event Dates
24-25 Februari 2010
Event Type
conference