Document Type
Conference Item
Publication Date
1-1-2006
Abstract
Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa seperti Melayu Cina dan India. Ini menunjukkan masing-masing mempunyai pelbagai budaya dan juga agama.Bangsa. setiap kelompok masyarakat mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Dasar-dasar kerajaaan jelas seperti yang terkandung dalam wawasan 2020 iaitu Dasar Integrasi Nasional memperlihatkan usaha kerajaaan untuk membina bangsa Malaysia agar lebih cemerlang gemilang dan terbilang. Walaupun demikian banyak kejadian-kejadian menjurus ke arah yang negatif di mana gejala sosial dikalangan masyarakat amat membimbangkan terutama kes bunuh dan rogol. ini menunjukkan masyarakat seolah-olah kehilangan pedoman dan arah tuju yang sebenar. Kertas kerja ini akan memperbincangkan tentang penghayatan nilai-nilai murni yang wujud dalam masyarakat di Malaysia seperti Melayu yang semestinya beragama Islam, Cina beragama Budhisme, Konfusianisme dan lain-lain serta masyarakat India beragama Hindu. Apa yang penting halatuju masyarakat menjadi kucar-kacir ekoran daripada ketandusan dari segi penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat tiada mengira usia atau peringkat umur lebih-Iebih lagi di era leT sekarang ini khususnya internet yang boleh dilayari bila-bila masa dan ketika dimana-mana jua. Apa yang penting ilmu yang digunakan dimanfaatkan untuk kesejahteraan bukan untuk kehancuran. Seperti pepatah arab mengatakan " ilmu tanpa amal ibarat pepohon tidak berbuah".
Keywords
Nilai-nilai murni, Kemanusiaan, Malaysia, Wawasan 2020, Masyarakat majmuk
Divisions
deputyacademic
Event Title
Seminar Kebangsaan Pengajian Umum
Event Location
Hotel Hyatt Regency, Johor Bahru
Event Dates
13-14 Jun 2006
Event Type
conference
Additional Information
Conference paper