Document Type
Conference Item
Publication Date
1-1-2009
Abstract
Pukat tunda merupakan perkakas menangkap ikan demersal yang paling canggih dewasa ini. Dengan menggunakan perkakas tersebut, negara telah berjaya meningkatkan jumlah pendaratan ikan tahunan berlipat kali ganda. Pada masa kini, lebih daripada 60% daripada jumlah pendaratan ikan negara didaratkan oleh pukat tunda. Bagaimanapun penggunaannya yang tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan, menyebabkan banyak masalah telah timbul sehingga boleh menggelapkan masa hadapan perikanan negara. Kertas kerja ini akan membincangkan secara ringkas akan sumbangan pukat tunda dalam perusahaan perikanan di Malaysia sejak ia diperkenalkan hinggalah ke hari ini. Tumpuan kertas ini lebih kepada masalah-masalah yang wujud .akibat penggunaan pukat tunda tersebut, antaranya termasuklah kepupusan sumber perikanan, konflik di antara nelayan pinggir pantai dengan nelayan pukat tunda, penglibatan buruh perikanan asing yang terus meningkat, tekanan awal krisis makanan dan lain-lain.
Divisions
arts
Event Title
Seminar Serantau Sejarah Dalam Pembangunan Negara
Event Location
Brunei Darussalam
Event Dates
10-11 Jan 2009
Event Type
conference