Peranan sastera Islam dalam pembentukan akhlak penduduk alam Melayu
Document Type
Article
Publication Date
1-1-2005
Abstract
Kesusasteraan Melayu secara umumnya dibahagikan kepada dua bahagian besar iaitu sastera moden dan tradisional atau klasik. Pembahagian ini sebenarnya berdasarkan garis pemisah yang dibuat oleh sarjana barat seperti R.J Wilkinson dan juga seorang sarjana tempatan iaitu Ismail Hussein, Walaupun pembahagian ini tidak begitu dipersetujui oleh beberapa sarjana tempatan seperti Syed Naquib Al-Attas yang menyarankan supaya pembahagian itu dibuat berdasarkan penerimaan agama Islam oleh penduduk di alam Melayu, namun apabila memperkatakan tentang kesusasteraan Melayu kebanyakan sarjana masih beranggapan bahawa pemodenan dalam kesusasteraan Melayu berlaku selepas kedatangan Barat.
Publication Title
Jurnal Pengajian Melayu
ISSN
1823-7622
Recommended Citation
Zahir, A., "Peranan sastera Islam dalam pembentukan akhlak penduduk alam Melayu" (2005). Research Publications (2000 to 2005). 1149.
https://knova.um.edu.my/research_publications_2000_2005/1149
Divisions
AcademyofMalayStudies
Volume
15