Pantun Melayu sebagai manifestasi sosiobudaya dan pensejarahan Melayu

Authors

A. Zahir

Document Type

Article

Publication Date

1-1-2005

Abstract

Pantun adalah pengucapan lisan oleh masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu terungkap melalui pantun. Terdapat pantun-pantun yang memperlihatkan aspek pendidikan kepada seorang kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa sendiri. Luasnya ruang cakup yang diliputi oleh pantun menyebabkan kajian-kajian yang dilakukan ke atasnya terlihat belum sampai ke penghujungnya. Sehingga kini terdapat beberapa kajian yang dilakukan oleh sarjana, misalnya oleh Hamn Mat Piah (1989) dan juga oleh Francois-Rene Dailie (1988) yang meneliti pantun dari aspek dalaman dan juga luarannya. Lain-lain kajian ialah seperti yang dilakukan oleh Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan (1996:27) yang melihat pantun dari aspek akal budi Melayu. Ada juga kajian yang mencuba melihat struktur ayat dalam pantun Melayu (lihat Nik Safi.ah Karim, 1986: 15).

Divisions

AcademyofMalayStudies

Publication Title

Jurnal Pengajian Melayu

Volume

16

Publisher

University Of Malaya

This document is currently not available here.

Share

COinS