Date of Award
1-1-2001
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Academy of Islamic Studies
Department
Department of Aqidah and Islamic Thought
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Falsafah adalah merupakan suatu bidang pemikiran yang bukan sahaja dibahaskan di dalam dunia Islam tetapi juga di barat. Pelbagai aliran pemikiran falsafah telah muncul di barat sejak berabad lamanya. Di antara aliran yang berpengaruh pada abad ke-20 ini ialah aliran falsafah pragmatisme yang menjadi topik perbahasan penulis. Aliran ini bersedia menerima segala sesuatu asal sahaja membawa manfaat yang praktis. Dari aspek ketuhanan sememangnya Islam menolak idea aliran ini yang temyata menolak kekuasaan mutlak Allah s.w.t sebagai penentu kebenaran. Aliran ini tidak berpegang kepada kebenaran mutlak termasuklah dalam masalah agama di mana mereka melihat kebenaran berdasarkan akibat dan natijah yang terhasil secara praktis. Sesuatu perkara dikatakan benar sekiranya membawa natijah yang bermanfaat dan praktis berdasarkan teori akal. Secara dasarnya Islam tidak menolak pragmatik secara total. Ini terbukti apabila Islam menggalakkan berijtihad. la bertujuan supaya umat Islam bersifat pragmatik dalam urusan dunia. Islam tidak membekukan pemikiran umatnya dalam mencari jawapan clan penyelesaian khususnya yang tidak terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Sekiranya sesuatu perkara telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan RasulNya melalui al-Quran dan al-Sunnah, maka ia tetap menjadi satu ketetapan yang wajib ditaati tanpa boleh dipersoalkan terutama berdasarkan logik akal. lnilah yang membezakan di antara pragmatisme yang dibawa oleh barat dan juga pragmatik yang dibenarkan dalam Islam. Justeru itu pemikiran umat lslam perlulah dipelihara agar dapat membuat perbezaan yang baik antara keduanya. Tambahan pula ia melibatkan pegangan dan akidah umat Islam yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai penentu kebenaran yang mutlak. Berdasarkan pepatah melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya" maka penulis telah membuat kajian terhadap golongan remaja untuk melihat scjauh mana idea-idea falsafah pragmatisme mempengaruhi mereka. Dari kajian ini penulis akan dapat melihat sama ada idea-idea ini diteiima secara langsung daripada aliran ini atau sememangnya idea-idea tersebut telah tercetus dengan sendiri berdasarkan logik akal semata-mata. Remaja sememangnya golongan yang melalui tahap perkembangan pemikiran yang drastik dan perlu dibendung dengan sebaik mungkin supaya masyarakat yang bakal lahir adalah masyarakat yang mempunyai pemikiran murni berlandaskan akidah yang benar. Masalah-masalah yang dikaji di dalam disertasi ini lalah latar belakang falsafah pragmatisme termasuklah pengertian, pengasas, hubungan dengan aliran falsafah barat yang lain dan juga bentuk pemikiran yang diketengahkan oleh falsafah ini. Selaln itu kajian difokuskan juga kepada pengaruh falsafah pragmatisme ke alas pemikiran umat Islam khususnya golongan remaja dan adakah pengaruh ini diterima secara langsung atau tidak langsung.?, Dari sudut akidah, penulis akan cuba mengkaji apakah kesan pengaruh falsafah pragmatisme terhadap akidah umat Islam dan perspektif Islam terhadap falsafah tersebut? serta bagaimana umat Islam dapat mengembalikan semula kemurnian pemikiran Islam tanpa disaluti dengan fahaman barat?. Bagi memudahkan penyelidikan ini dijalankan penulis mcnggunakan beberapa metod penyelidikan iaitu metod penentuan subjek, metod pengumpulan data dan metod analisis data. Dari sudut bentuk penyelidikan penulis menggunakan penyelidikan lapangan dan penyelidikan perpustakaan. Penulis juga telah membahagikan laporan penyelidikan ini kepada lima bab iaitu pendahuluan, landasan teori, kupasan lanjut berkaitan falsafah pragmatisme, laporan penyelidikan dan analisis data dan akhirnya kesimpulan serta saranan. Daripada kajian dan penyelidikan yang dijalankan maka dapatlah penulis membuat beberapa rumusan dan kesimpulan di antaranya falsafah adalah satu bidang yang rumit untuk diperbahaskan tetapi mempunyai pengaruh yang besar di dalam mengatur kehidupan manusia. Idea-idea dari aliran-aliran falsafah yang wujud di alam barat dan Islam ini temyata boleh mempengaruhi pemikiran manusia sehingga menjadi satu prinsip dan pegangan yang tidak mungkin digugat. Sifat manusia sendiri scbagai makhluk pencari kebenaran akan mencetuskan idea yang tersendiri berkaitan dengan kehidupan tetapi hanya cetusan idea yang mendapat bimbingan wahyu sahaja boleh diterima di dalam Islam. Pemikiran falsafah pragmatisme yang menjadi topik kajian penulis ternyata tidak banyak mempengaruhi pemikiran remaja secara langsung kerana golongan ini kurang pendedahan dan tidak berminat dengan informasi dan bahan bacaan yang berat tetapi cetusan idea yang lahir dari jiwa mereka adakalanya bersamaan dengan idea dari falsafah tersebut. Oleh yang demikian idea-idea yang lahir dari pemikiran remaja perlu dibendung agar tidak terkeluar dari landasan syariat dan ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuklah keluarga terutama ibu bapa, institusi pendidikan, institusi agama, kerajaan dan masyarakat secara umumnya. Penulis amat mengharapkan semoga penyelidikan ini dapat memberikan cetusan idea yang baru kepada semua golongan masyarakat terutama golongan pendidik dalam menangani isu permasalahan akhlak remaja yang semakin meruncing. Asasnya yang utama sepertimana yang telah diketengahkan oleh penulis ialah memelihara kemurniaan pemikiran remaja sedari awal agar dewasanya mereka sesuci syariat yang dibawa tanpa dikotori tempiasan idea yang boleh menggoncang akidah.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2001.
Recommended Citation
Ismail, Noraini, "Pengaruh falsafah pragmatisme ke atas pemikiran pelajar Melayu Islam : suatu kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Kuala Lumpur" (2001). Student Works (2000-2009). 426.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/426
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Initial
snms