Date of Award

1-1-1993

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan tingkahlaku asertif remaja bagi remaja-remaja yang mempunyai ibu yang bekerja dan bagi remaja-remaja yang mempunyai ibu yang tidak bekerja. Satu set soal selidik yang mempunyai diedarkan kepada 200 orang subjek. Data yang diperoleh dianalisis dengana cara ANOVA dan kolerasi. Keputusan kajian yang diperolehi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang nyata diantara status ibu dengan tingkahlaku asertif remaja. Selain itu, kajian juga mendapati tidak terdapat sebarang perbezaan yang nyata diantara status ibu dengan cara seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya. Perbezaan hanya dapat dilihat dengan jelas dalam takat keasertifan remaja diantara remaja lelaki dengan remaja perempuan dimana remaja lelaki adalah lebih asertif daripada remaja perempuan. Pengkaji juga mendapati tidak terdapat sebarang perhubungan antara cara seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya dengan tahap tingkahlaku asertif remaja.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1992/1993.

Share

COinS