Author

Hwee Sian Ho

Date of Award

1-1-1993

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian fenomena syncretism di kalangan masyarakat Orang Asli Temuan mi merangkumi tiga jerus kepercayaan luar iaitu kepercayaan Cina, Hindu dan Melayu yang menerap masuk ke dalam sistem kepercayaan periduduk Kampung Lubuk Bandung. Penerimaan kepercayaan Cina paling menonjol dan menarik di antara tiga jerus kepercayaan tersebut. Sistem kepercayaan masyarakat Temuan ialah sistem kepercayaan mirip animisme. Fenomena sinkretisme akan dibincangkan melalui konsep-konsep roh atau semangat, keramat atau datuk, nenek moyang, penyembahan, perayaan dan upacara. Sinkretisme kepercayaan Cina dapat dilihat daripada semua konsep yang dikemukakan. Apa yang lebih menarik ialah penerimaan penduduk Kampung Lubuk Bandung daripada segi perayaan-perayaan Cina iaitu Tahun Baru Cina, Cheng Beng, Perayaan Kuih Chang, Pesta Kuih Bulan dan Pesta Kuih Yi yang jarang berlaku di kalangan Orang Asli. Sinkretisme kepercayaan Hindu atau Melayu dihuraikan dalam semua kepercayaan yang diikuti semasa upacara perkahwinan dilangsungkan. Faktor-faktor dan kesan berlakunya fenomena sinkretisme juga disentuh dalam kajian ini.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1993/1994.

Share

COinS