Date of Award
1-1-1992
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Latihan ilmiah ini terdiri daripada lima bab. Bab I akan membincangkan tentang Wayang Kulit sebagai satu institusi seni secara ringkas. Seterusnya mengemukakan bidang kajian, tujuan ianya dikaji, kawasan kajian, kaedah yang digunakan serta masalah-masalah yang dihadapi sewaktu menyiapkan kajian. Bab II berikutnya mengkaji tentang latar belakang sejarah dan kebudayaan wayang kulit. Ia juga turut menrangkumi janies-jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia serta epik-epik besar Hindu yang medukungnya. Bab III menjelaskan tentang peralatan-peralatan yang digunakan didalam persembahan wayang kulit Siam seperti panggung, patung serta peralatan muzik. cara ia dibuat digunakan turut juga disentuh. Bab IV menjelaskan tentang aspek-aspek kejiwaan seperti jampi mentera serta sajian untuk upacara pembukaan dan penutup panggung. Di samping itu turut juga diselitkan tentang watak-watak patung dalam wayang kulit Siam dan juga lagu-lagu yang dibawa serta kaitannya dengan drama dibawa. Bab terakhir mengemukakan tentang unsur-unsur serta fungsi wayang kulit Siam didalam masyarakat Melayu. Di samping itu, turut juga mengemukakan masalah-masalah yang dihadapi oleh wayang tersebut yang menyebabkannya kurang dimainkan lagi. Malah, sambutan masyarakat juga semakin dingin. Bab ini juga turut memberikan cadangan untuk mempopularkannya dan memperkembangkan lagi tradisi ini di dalam masyarakat Malaysia.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1991/1992.
Recommended Citation
Zaharah, Adnan, "Wayang kulit Siam di Kedah: Pelbagai aspek kajian / Zaharah Adnan" (1992). Pre-2000 Student Works. 963.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/963