Date of Award
1-1-1991
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat nilai dan gaya hidup anak-anak darah kacukan. Untuk menjadikan kajian ini lebih berkesan, pengkaji mengambil satu kumpulan responden-responden anak-anak bukan darah kacukan bagi tujuan perbandingan. Latihan ilmiah ini mengandungi lima bab. Dalam bab pertama, pengkaji menerangkan objektif kajian, konsep-konsep yang digunakan. tempat dan jangkamasa kajian, pemilihan responden, kaedah kajian , masalah- masalah yang dihadapi semasa kajian dan cadangan-cadangan untuk mengatasinya. Bab 2 membincangkan kawasan-kawasun kajian iaitu Sekolah Jururawat Tun Tan Cheng Lock dan Universiti Malaya. Pengkaji memberi penjelasan tentang latarbelakang kedua-dua kawasan dan peratusan sampel yang diambil di situ. Bab 3 ialah penganalisaan data di mana pengkaji membincangkan latarbelakang para responden, motivasi-motivasi yang membawa kepada berlakunya perkahwinan campur dan pemilihan pasangan hidup oleh para responden. Bab 4 mengukur nilai dan gaya hidup para responden dengan menggunakan faktor kebudayaan yang meliputi pandangan-pandangan para responden terhadap adat, perayaan, pakaian dan makanan. Bab terakhir, iaitu bab 5 merumuskan hasil-hasil penemuan dalam bab 3 dan 4.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1990/1991.
Recommended Citation
Jo-Ann Lim, Guat Lee, "Nilai dan gaya hidup anak-anak darah kacukan / Jo-Ann Lim Guat Lee" (1991). Pre-2000 Student Works. 924.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/924