Date of Award
1-1-1991
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak cacat pendengaran di Sekolah Orang-Orang Pekak Selangor (SSD). Pendidikan penting dalam membina dan memajukan seseorang individu. Ia perlu diterima oleh setiap kanak-kanak tidak kira normal atau cacat. Pendidikan kanak-kanak cacat walaupun serupa dengan pendidikan kanak-kanak lain tetapi masih terdapat perbezaan yang memerlukan perhatian kepada masalah kekurangan mereka. Dalam kajian ini, pengkaji hanya melihat pendidikan yang diberikan tanpa mendalami proses pendidikan itu dijalankan. Bab I menerangkan langkah-langkah yang dilakuka dalam membuat penyelidikan. Bab II pula menerangkan keadaan kanak-kanak pekak serta sebab-sebab kecacatan ini. Di sini juga dilihat sedikit sejarah SSD yang menjadi lokasi kajian serta menerangkan peringkat persekolahan yang disediakan di sini. Bab III, kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum dihuraikan. Seperti juga sekolah biasa, SSD memberikan bidang pelajaran KBSR dan KBSM. Untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini, satu kurikulum khas disediakan. Sebagai perlaksanaan pendidikan, bab ini menulis tentang kaedah dan teknik dalam proses pengajaran-pembelajaran. Di samping itu, disentuh juga tentang peperiksaan sebagai proses penilaian terhadap apa yang telah dipelajari dari kurikulum tersebut. Bab IV menerangkan faktor-faktor sosial yang mempengaruhi pencapaian persekolahan kanak-kanak. Tidak dinafikan, untuk mencapai sesuatu, kita perlu ada usaha dan sokongan. Oleh itu, keadaan sosial yang dibincangkan boleh menentukan ke atah mana pencapaian itu. Bab V pula menyentuh mengenai masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dan pihak sekolah. Masalah-masalah ini sekiranya tidak di atasi akan menjejaskan prestasi kanak-kanak dan sekolah. Cara-cara mengatasi masalah juga disertakan. Bab VI merupakan bab akhir. Seluruh penulisan ditamatkan dalam bab ini. Di samping itu, beberapa cadangan dikemukakan kepada oihak ibu bapa, sekolah dan masyarakat supaya dapat meninggikan tahap pencapaian kanak-kanak dalam pendidikan.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1990/1991.
Recommended Citation
Rodhiah, Jaafar, "Pendidikan kanak-kanak cacat pendengaran / Rodhiah Jaafar" (1991). Pre-2000 Student Works. 920.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/920