Date of Award
1-1-1991
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Projek penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji perkembangan pendidikan di Semenanjung Malaysia dari zaman colonial hingga masa kini. Pendidikan telah mengalami banyak perubahan sejajar dengan pergerakkan zaman. Tahap-tahap kemajuan yang dicapai oleh masyarakat telah memberi kesan kepada pendidikan dan projek penyelidikan ini telah mengalurkan perkembangan pendidikan dari zaman ke zaman. Masyarakat yang semakin maju mempunyai penilaian yang berlainan ke atas peri pentingnya pendidikan. Projek ini telah menilai kepentingan pendidikan kepada masyarakat dan perubahan pendidikan dari bentuk sekolah agama dan pendidikan tidak formal kepada apa yang wujud pada hari ini. Selain dari itu, penilaian juga akan diberi kepada institusi pengajian tinggi swasta seperti Stamford College, Rima Collage dan lain-lain lagi. Projek ini telah mengkaji sebab kemunculan kolej-kolej swasta selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Kolej swasta pada hari ni memainkan peranan yang penting dari segi pendidikan Semenanjung Malaysia. Juga telah di beri tumpuan ialah program-program yang ditawarkan oleh kolej swasta, komposisinya dan lain-lain lagi. Sebagai kesimpulan, pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan akibat dari perubahan keperluan masyarakat, dasar kerajaan dan dan banyak faktor lagi. Perkembangan pendidikan amat berkait rapat dengan perkembangan dari segi lain.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1990/1991.
Recommended Citation
Quek, Khai How, "Perkembangan pendidikan di Semenanjung Malaysia dengan tumpuan khas kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Private colleges) / Quek Khai How" (1991). Pre-2000 Student Works. 918.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/918