Date of Award

1-1-1991

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini adalah satu kes kajian ke atas gereja Sitiawan Wesley Methodist. Pada awalnya sejarah kemasukan Methodism ke Malaysia berserta dengan struktur perjalanan organisasinya pada hari ini telah disentuh untuk memberi satu latar belakang mengenai gereja Methodist. Kemudian sejarah kemasukan Methodism ke Sitiawan telah disentuh untuk memberi satu gambaran bagaimana agama Kristian mahzab Methodist ini telah bertapak di Sitiawan. Struktur perjalanan organisasi gereja Sitiawan Wesley berserta dengan tugas-tugas jawatankuasanya telah dikaji dan disertakan. Aktiviti-aktiviti gereja Sitiawan Wesley dan juga turut dikaji untuk melihat peranannya sebagai sebuah institusi agama. Perayaan-perayaan yang disambut oleh gereja ini juga telah dilihat untuk memberi satu gambaran yang lebih jelas mengenai penganut Kristian mahzab Methodist ini. Kemudian isu pengerakan Karismatik yang kian merebak sejak ia bertapak di Malaysia telah dilihat dan dikaji dari perspektif penganut Kristian mahzab Methodist serta gereja Sitiawan Wesley Methodist.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1991/1992.

Share

COinS