Date of Award

1-1-1991

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Latihan ilmiah ini bertujuan untuk mengenal-pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan aliran pendidikan untuk kumpulan etnik Cina di kawasan perumahan Larkin, Johar Bahru. Sambil itu, satu tinJaun perbandingan di antara ibubapa yang memilih pendidikan Cina dan Kebangsaan juga dikaji bagi tujuan pemahaman yang lebih mendalam dari segi aspek sentimen identiti, latarbelakang sosialisasi dan Jaringan hubungan sosial mereka. Latihan ilmiah ini mengandungi tujuh bab kesemuanya. Bab pertama merupakan Bab Pengenalan kepada persoalan perbezaan di antara pendidikan Cina dan Kebangsaan, termasuk juga huraian kepada kaedah dan jenis penyelidikan yang dikendalikan. Bab Dua pula merupakan bahagian penerangan kepada konsepkonsep yang digunakan dengan hipothesis-hipothesis yang disarankan serta ciri-ciri latarbelakang umum para responden . Bab Tiga pula melihat kepada sejarah perkembangan kependudukan serta pendidikan Cina yang telah berlaku di Malaysia. Pendidikan Cina semasa di Joh6r Bahru juga dilihat dengan tumpuan khas kepada dua buah sekolah yang dipilih sebagai sampling-frame kajian; iaitu S.R.J.K. Cina Foon Yew 3 dan S.R.K. Larkin 1 & 2. Bab Empat melihat kepada sentimen identiti etnik yang dipegang oleh responden. Indeks yang digunakan untuk menguji sentimen · ini meliputi indeks budaya, ekonomi dan politik. Bab Lima pula meninjau latar-belakang respcnden, dari segi corak pendedahan interaksi antara etnik di tempat dilahirkan dan diperbesarkan serta peringkat pendidikan •. Pendedahan kepada media massa menurut aliran bahasa juga dikaji. Aspek hubungan jaringan sosial semasa responden berdasarkan corak tipologi pendedahan dan interaksi di peringkat kawasan kependudukan dan kerja dikaji dalam Bab Enam. Akhir sekali Bab Tujuh merupakan bab kesimpulan dengan menyimpulkan segala penemuan dalam kajian latihan ilmiah ini.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1991/1992.

Share

COinS