Date of Award
1-1-1990
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini telah dibuat di Pulau Besar, Melaka. Terdapat tujuh bab yang dibincangkan dalam kajian ini dan dari ketujuh-tujuh bab yang dibincangkan itu, perhatian lebih diberikan dalam aspek-aspek yang menghubungkaitkan antara keramat dengan Islam. Di samping itu, tidak terkecuali di bincangkan juga hubungkait antara kerama dengan aspek-aspek lain yang dirasakan saling berkaitan. Secara ringkas, kandungan bab-bab adalah seperti berikut: Bab I & II adalah bahagian pembukaan di mana dalam kedua-dua bab ini, pengkaji cuba menjelaskan secara ringkas aspek-aspek yang berkaitan untuk menjayakan kajian ini. Seterusnya dijelaskan juga serba ringkas mengenai latar belakang tempat kajian ini dibuat. Bab III adalah bab tumpuan dalam kajian ini. Yang dibincangkan termasuklah pengertian keramat mengikut fahaman umum dan bezanya dengan pengertian Islam, kategori keramat, mengapa ia mendapat perhatian dan beberapa aspek lain mengenai keremat itu sendiri. Bab IV, V dan VI merupakan bab-bab yang membincangkan hubungkait antara keremat dengan beberapa aspek lain termasuklah juga hubungan keramat dengan Islam yang dilihat dari 2 segi iaitu keselarian dan pertentangan antara kedua-duanya. Bab VII bahagian terakhir kajian iaitu permasalahan yang timbul kerana keramat dan cadangan pengkaji untuk mengatasinya.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1989/1990.
Recommended Citation
Mohd Tourisz, Md. Noh, "Pulau Besar: Satu kajian kes ke atas keramat dan aspek-aspek yang berkaitan dengannya. Tumpuan lebih kepada Islam / Mohd Tourisz Md. Noh" (1990). Pre-2000 Student Works. 885.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/885