Author

Aman Kamis

Date of Award

1-1-1990

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini dibahagi kepada V bab, bab I memperkatakan tentang tujuan, bidang dan kaedah kajian. Dalam bab ini, pengkaji membincangkan tentang masalah kajian dan konsep perniagaan kecil. Disamping itu, turut dibincangkan juga pengertian kraftangan. Dalam bab II, pengkaji membincangkan mengenai kraftangan di Malaysia. Dalam bab ini memperkatakan tentang kegiatan kraftangan di negara ini, jenis-jenis barang kraftangan dan badan-badan yang bertanggungjawab terhadap perkembangan kraftangan. Disamping itu, dibincangkan mengenai dasar kerajaan dan pasaran barang kraftangan Malaysia serta kedudukan kraftangan dalam industri pelancongan di negara ini. Dalam III, pengkaji membincangkan mengenai ciri-ciri peniagan dan profil perniagaan. Perkara-perkara yang ingin diperkatakan merangkumi biodata responden, latarbelakang tempat perniagaan dan profil perniagaan yang merangkumi cara penubuhan, pengurusan, modal, pendapatan, tenaga kerja dan juga mengenai peniaga yang mempunyai perusahaan kraftangan. Dalam bab IV, pengkaji akan menyentuh kesulitan-kesulitan dan masalah-masalah yang pernah dan sedang dihadapi oleh para peniaga sewaktu mula-mula berniaga dan sekarang. Masalah-masalah seperti persaingan, modal, bekalan barang-barang, pengurusan perniagaan dan sebagainya yang sedikit sebanyak mempengaruhi perniagaan. Dalam bab ini dibincangkan juga sikap para peniaga terhadap perniagaan mereka. Dalam bab terakhir adalah bab penutup dan kesimpulan. Segala apa yang dibincangkan di dalam bab-bab yang lepas akan dibuat rumusan yang meliputi cadangan-cadangan untuk membantu para peniaga.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1989/1990.

Share

COinS