Date of Award
1-1-1989
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Latihan ilmiah ini memuatkan beberapa hal mengenai masalah penganiayaan isteri. Pengkaji bertujuan untuk mencari apakah faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya penganiyaan ini. Focus utama adalah tertumpu kepada teori perhubungan gender, diandaikan akibat daripada perhubungan yang tidak seimbang di antara lelaki dan wanita yang telah mendorong kepada masalah penganiyaan isteri. Untuk tujuan ini, penyelidikan secara kajian kes telah dijalankan di JKWP. Tumpuan kajian hanyalah ke atas aduan-aduan yang bersifat pemukulan isteri. Bab I menghuraikan pengenalan serta tatacara kajian secara ringkas. Bab II memberikan beberapa penerangan tentang konsep dan teori yang berhubung kait dengan penganiyaan isteri. Seterusnya bab III, pengkaji telah mengemukakan suatu gambaran yang jelas tentang latar belakang soisoemografik bagi pasangan suami isteri. Bab IV menganalisa kajian tentang faktor-faktor atau musabab yang mengakibatkan berlakunya penganiyaan isteri. Bab V menyentuh tentang apakah haluan isteri yang teraniaya ini. Begitu juga disertakan dengan data-data analisis mengenai sebab-musabab yang mempengaruhi arah mereka. Bab VI ialah rumusan kajian dan cadangan-cadangan yang di andaikan bersesuaian.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1988/1989.
Recommended Citation
Cheong, Suik Wai, "Penganiayaan isteri / Cheong Suik Wai" (1989). Pre-2000 Student Works. 819.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/819