Date of Award
1-1-1989
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Latihan ilmiah ini adalah satu kajian kes tentang amalan penyusuan bayi di kalangan wanita Cina yang bekerja di Taman Continental. Pembahagian bab-bab di dalam kajian ini adalah untuk memberi satu gambaran yang jelas dan teratur kepada pembaca. Bab pertama memberi pengenalan umum tentang objektif, skop, metodologi yang digunakan dan kepentingan kajian. Maklumat tentang kumpulan sasaran, bidang yang dipilih dan masalah yang dialami semasa kajian juga disebutkan di sini. Bab kedua mengandungi maklumat tentang latarbelakang Taman Continental. Contohnya lokasi, sejarah, demografi dan kemudahan-kemudahan yang tersedia. Bab ketiga adalah mengenai biodata responden dan keluarga mereka seperti umur, tahap palajaran, saiz keluarga dan lain-lain. Bab keempat menyentuh tentang hasil kajian mengenai amalan penyusuan bayi. Penelitian diberi terhadap sikap dan perlakuan wanita terhadap penyusuan badan. Tahap kesedaran mereka tentang penyusuan badan dan fomula bayi, faktor-faktor yang mempengaruhi dan menentukan perlakuan wanita serta sikap mereka terhadap penyusuan badan juga di sentuh di dalam bab ini. Bab kelima merupakan ringkasan hasil kajian dan kepentingannya. Ia juga mengandungi cadangan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi amalan penyusuan badan di kalangan wanita Cina yang bekerja khasnya.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1988/1989.
Recommended Citation
Yee, Ka Wei, "Amalan penyusuan bayi di kalangan wanita-wanita Cina / Yee Ka Wei" (1989). Pre-2000 Student Works. 814.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/814