Date of Award

1-1-1989

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Secara umunya kajian ini dilakukan untuk melihat dengan lebih dekat tentang kelas menengah di Terengganu. Ia juga meliputi peranan-peranan golongan menengah dalam masyarakat dan juga gaya hidup mereka dalam masyaraka. Untuk melihat dengan lebih terperinci pengkaji telah membahagikan kajian ini kepada enam bab. Bab I merupakan bab pendahuluan yang dijadikan pengantar kepada kajian ini. Ia meliputi bidang kajian, kaedah kajian dan juga masalah-masalah kajian. Bab II pula menerangkan klasifikasi definisa serta konsep kelas menengah. Definisi dan konsep didapati dari definisi yang diberikan oleh pengkaji terdahulu dan kini mengenai kelas menengah. Bab III telah membuat analisa politik di Terengganu dalam tahun-tahun 1980an. Bab ini ditulis untuk melihat pandangan serta keterlibatan golongan menengah di arena politik di Terengganu. Bab IV merupakan penerusan daripada bab III di mana pengkaji menganalisa dengan lebih mendalam terhadap pandangan serta peranan mereka melalui borang soal selidik yang dikemukan kepada responden. Bab V, pengkaji menerangkan sikap kelas menengah dan peribadinya mengenai politik yang meliputi parti kerajaan yang memerintah dan parti pembangkang. Bab VI yang merupakan bab yang terakhir pengkaji telah menyimpulkan beberapa pandangan dari hasil kajian yang dijalankan serta juga mengemukakan beberapa cadangan yang difikirkan perlu untuk kelas menengah agar mereka lebih berperanan kepada masyarakat dan seluruhnya kepada negara.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1988/1989.

Share

COinS